Informasi: 

8 November 2018 - Imej SPOT yang bertarikh 23/09/2018 telah dikemaskini dalam sistem e-MMFR.    16 Ogos 2018 - Imej SPOT yang bertarikh 10/05/2018 telah dikemaskini dalam sistem e-MMFR.    24 April 2018 - Imej Pleiades dan SPOT yang bertarikh 03/02/2018 telah dikemaskini dalam sistem e-MMFR.    17 Januari 2018 - Imej Pleiades yang bertarikh 10/12/2017 telah dikemaskini dalam sistem e-MMFR.           

Pengenalan: Hutan Paya Laut Matang

hplm HPL Matang terletak di barat laut pantai Semenanjung Malaysia dan diiktiraf sebagai hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia. Kawasan hutan yang berbentuk seperti bulan sabit ini terletak di dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung dan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 40,537.6 hektar. Kira-kira 73.6% atau 29,836 hektar daripada keseluruhan keluasan HPL Matang ini telah dikelaskan sebagai Hutan Produktif yang berfungsi sebagai zon pengeluaran arang kayu jaras.

Diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Larut Matang, HPL Matang dikelaskan sebagai kelompok Hutan Paya Bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain matlamat utama pengurusan bagi tujuan pengeluaran arangdan kayu jaras, pengurusan HPL Matang juga memberi penekanan kepada pemuliharaan dan perlindungan sumber-sumber dan alam sekitar untuk pengekalan habitat hidupan liar, industri perikanan,rekreasi dan ekopelancongan, pemuliharaan kepelbagaian biologi, pendidikan dan penyelidikan.

HPL Matang yang di dominasi oleh spesies Rhizophora (70%) ini mula diuruskan seawal tahun 1904. Setelah melalui beberapa fasa penambahbaikan, sistem pengurusan HPLM ini kini mengamalkan kaedah pengurusan yang berbeza mengikut zon-zon hutan yang tertentu. Bagi Zon Produktif amalan tebang habis diamalkan dengan kitaran tebangan bagi setiap pusingan adalah 30 tahun bermula dari Inventori, Tanaman Mengaya, Proses Penjarangan dan diikuti dengan Tebangan. Berbeza dengan Zon Produktif, Zon Pengeluaran Terhad pula mengamalkan sistem shelterwood dengan kitar tebangan 10 tahun.


Projek Kerjasama

JPSM ARSM
Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia(JPSM)
Jabatan Perhutanan Negeri(JPN) Perak
Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)