Informasi: 

24 Februari 2015 - Bengkel penggunaan sistem hutan Paya laut Matang pada 4-5 Mac 2015.

Mengenai Sistem e-MMFR

E-MMFR adalah singkatan kepada Electronic Management of Matang Mangrove Forest. Projek kerjasama di antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) ini telah dipersetujui untuk dilaksanakan di Hutan Paya Laut Matang pada 5 Disember 2013.

Objektif projek adalah untuk menambah nilai sistem pengurusan sedia ada melalui penggunaan teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi (GIS) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).

Pembangunan sistem e-MMFR melibatkan dua paparan iaitu;

  • Paparan awam
    Paparan awam melibatkan perkongsian data umum seperti maklumat eko pelancongan dan aktiviti ekonomi setempat.

  • Paparan pengguna
    Paparan pengguna adalah pengguna JPNPk mengandungi data/maklumat perhutanan, imej remote sensing serta fungsi-fungsi carian dan analisis.

Sebagai stakeholder, JPNPk telah mengambil inisiatif untuk melancarkan sistem ini, bersempena dengan Perak Conference on a Century of Matang Mangrove Forest yang diadakan pada 24-26 November 2014 di Ipoh, Perak. Sistem e-MMFR diharap dapat membantu pengurusan HPL Matang secara atas talian dan dapat diperluas ke seluruh hutan paya laut di Semenanjung Malaysia.